Pages

Wednesday, April 21, 2010

Diari Seorang Wanita Palestin

24 December 2002

Diari, bisakah kau mendengar luahan hati ini? Menerima aku? Menjadi teman tatkala aku menyitir sejarah silamku? Diari, jangan kau berpaling daripadaku sebagaimana dunia berpaling daripada menyaksikan derita bangsaku. Aku keseorangan diari. Sebatang kara di bumi Tuhan yang amat luas ini. Namun mujur, masih ada yang sayang dan cinta padaku. Kau ingin tahu siapa diari? Dialah Tuhan, Allah yang Maha Esa. Melalui cintaNya, aku hidup sehingga kini, kerana RahimNya, aku dapat menghirup pawana petang ini. CintaNya melangit tinggi, membelai badai pilu yang acapkali menghempas pantai hati.
CintaNya, menenangkan kalbu yang berombak lara, memercik atma yang lama berdarah. Diari, surat cintaNya sering aku alun-alunkan . Furqan itu temanku. Ah, aku yakin akan cintaNya, amat yakin, diari!

Aku berbangga diari, bumiku merupakan tanah yang diberkati Rabbul Jalil. Malah kisahnya dirakamkan di dalam Al-Quran.(Surah Al-Isra..8217 1-7). Terselit di lembaran sejarah, Masjidil Aqsa menjadi saksi ketika Isra dan Mikraj Nabi, menjadi kiblat yang pertama bagi seluruh ummat Islam. Palestin bagiku umpama rentangan kain putih yang bersih, suci dari dosa dan noda. Namun entah kenapa tangan-tangan jijik dan kotor itu galak menconteng kanvas putih dengan warna darah dan air mata. Galak melakar dengan derita dan sengsara.

Diari, mungkin sudah tersurat bahkan tersirat, perjalanan hidupku bermula dengan payah. Sejak kecil aku ditakdirkan kehilangan ummi dan walid. Aku yatim piatu, diari! Tika aku masih merah, masih bergantung pada sumur ummi menghilangkan dahaga, kampungku dirodak peluru dan bom tidak bermata. Ummi dan walid terkorban. Shabra dan Shatila tenggelam dalam banjir darah dan air mata. Namun, aku masih mentah untuk mengerti segala-galanya. Aku tidak mengerti tatkala Apache rakus merobek dada walid, aku tidak mengerti tatkala ummi dengan payah berlari mendapatkan walid dan akhirnya syahid di pangkuan lelaki itu. Dan aku juga tidak mengerti, tika abang meraung menyaksikan segala-galanya, meratap pemergian walid dan ummi tercinta. Aku tidak mengerti! Apa yang aku mengerti cumalah menangis tika tekakku kering, menangis apabila perutku lapar minta diisi. Nyaringnya tangisanku samalah seperti nyaring hilai tawa Ariel Sharon, Ketua Parti Likud yang berpesta meraikan kemenangan dalam lautan manusia yang tidak bernyawa.

Aku dibesarkan oleh Pak Cik Zaid dan Mak Cik Sarah di pinggir Masjidil Aqsa. Sementelahan Pak Cik Zaid adik kandung ummiku. Aku dinamakan Asiah, mengutip kecekalan, dan ketabahan permaisuri Firaun. Wanita yang tegar dengan keIslamannya. Kau tahu diari, kau mengenal kasih sayang seorang ibu dan ayah daripada bicara indah dan usap belai mereka. Aku merasai bening cinta daripada mutiara nasihat dan kucupan mesra mereka. Ketegasan Pak Cik Zaid membentukku menjadi seorang gadis yang solehah. Aku tidak betah membiarkan rambutku diratah dan dijamah oleh lelaki-lelaki ajnabi. Lalu aku jaganya dengan pakaian hijab. Hatiku, aku lenturkan dengan tartil Furqan. Kedegilanku, aku benamkan dengan biah Islamiah. Akhlakku, aku hiasi dengan kuntuman sifat-sifat mahmudah.

Pak Cik Zaid sering membisikkan kalam perjuangan ke telingaku. Malah mimbar Masjidil Aqsa kerap bergegar dengan suara paraunya. Alunan azannya acapkali meruntun jiwa, mengocak atma. Hatiku turut tersentuh tatkala manik-manik jernih gugur dan bersatu di pipi tuanya. Dia berbicara, membuka lembaran sejarah Quds satu persatu kepadaku. Sering dia luahkan kekesalannya, kegagalannya membebaskan tanah Isra' itu dengan tangannya sendiri. Ah, diari, lelaki tua itu terlalu cekal semangatnya. Terlalu utuh pendiriannya. Roh jihad seolah-olah sudah menghamili dirinya. Malah aku sendiri terdorong oleh semangatnya. Dan aku bertekad, bumi suci ini tidak akan aku relakan dijarah oleh Yahudi walau seinci pun.

Diari, tahukah dikau, tanahku ternyata berbeza dari tanah-tanah yang lain. Tanah ini tanah suci, tanah yang diberkati Allah dan RasulNya. "Jangan kau kuatkan azam untuk mendatangi, melainkan yang tiga ini, Masjidil Haram, Masjidil Aqsa dan masjidku ini."

Namun, benarlah diari, manusia kerapkali alpa. Hilang pertimbangan apabila harta dan kuasa mengaburi mata. Hati pantas dijarah nafsu durjana. Hidup mula terpesona, diulit fatamorgana dunia. Lantas musuh yang tersembunyi mengambil kesempatan. Bumi yang diagung-agungkan dirampas, diratah dan dijamah tanpa belas kasihan. Diari, Palestin terlepas dari genggaman Muslimin! Maka sifir keganasan kini bermula dan terus dihitung. Perang 6 hari tercetus, Semenanjung Sinai mula diperkosa seteru. Palestin menyaksikan darah merah nan pekat, mengalir, meresap lalu membasahi buminya.

Diari, hububan pawana yang berpuput di tanah ini seakan-akan membawa kisah duka. Kisah derita dan sengsara. Aku sesak, amat sesak menghirup udara ini. Udara yang sudah berbaur hanyir darah bangsaku sendiri. Cerlang langit tidak seperti dulu, hanya menumpahkan gerimis air mata yang akhirnya membentuk lautan dan tasik penderitaan manusia. Mentari pijar memancarkan sinarnya seolah-olah memahami penderitaan penghuni-penghuni Quds yang lemah dan tidak bermaya.

Aku muak dan loya pada setiap kali perbincangan di meja bulat. Perbincangan yang tidak membawa apa-apa manfaat pada Islam. Setiap kali pertemuan diplomasi diadakan, aku sudah arif akan natijahnya. Kau tahu diari, proses rundingan damai hanyalah sandiwara semata-mata. Kertas putih itu tidak punyai apa-apa kuasa. Bebas disanggah oleh Yahudi pada bila-bila masa. Yahudi bukan sahaja pengganas yang hebat malah pelakon berbakat. Tunggak utamanya dimainkan oleh seorang Pemimpin Parti Likud, Ariel Sharon yang bertopengkan wajah syaitan di sebalik diri manusia. Hatiku bagai tersiat-siat bergaul kebenciaan tatkala wajah itu bertandang di birai mata. Pemimpin itu masih bernafas dalam lautan darah manusia!

Diari, tahukah dikau bahawa diri ini sudah tidak sanggup menyaksikan bangsaku-bangsaku yang berkongsi aqidah yang satu disembelih seteru sewenang-wenangnya. Hati diruntun rusuh membilang jiwa yang gugur,satu-persatu tumbang di dada Palestin. Nyawa bagaikan tiada nilainya. Ibu kehilangan anak, isteri kehilangan suami. Saat itu diari, aku sudah tidak tahu entah berapa kali empangan air mataku pecah. Entah berapa dalam lurah dukaku ini. Pilu mencengkam kalbu, apabila anak-anak kecil yang tidak berdosa turut menjadi korban angkara hujanan peluru yang tidak mengenal mangsa. Apalah salah dan daya mereka? Lahir tanpa sedikitpun palitan dosa dan noda. Diari, pejamkan matamu sejenak bayangkan penderitaan ummatku. Penderitaan yang semakin sebati, menghamili hidup kami yang sudah berabad-abad lamanya. Calaran tangan-tangan kotor Yahudi ada di mana-mana. Ramallah, Tebing Gaza, Rafat, Jenin, Al-Khalil menjadi mangsa. Benarlah diari, dalam Kalamullah Yang Agung, "Demi sesungguhnya engkau (Muhammad) akan mendapati manusia yang keras sekali permusuhannya terhadap orang-orang beriman ialah orang Yahudi dan orang-orang Musyrik. (Al-Maidah:82)

Diari, adakah keadilan dinisbahkan dengan sebutir peluru? Adakah kedamaian diukur dengan titisan darah dan air mata? Tetapi itulah yang berlaku pada neraca dunia hari ini, diari. Dunia seolah-olah buta, bisu dan tuli. Biarpun penderitaan bangsaku digambarkan di layar antarabangsa, namun bayang-bayang keamanan kukira terlalu kabur. Ah! Pemimpin Zionis itu masih mampu berdiri megah, galak bergelak ketawa sedangkan ummatku di sana sedang bergelut,bergelut antara hidup dan mati. Dunia seakan-akan menceraikan bangsaku dengan talak tiga, membenam dan mengubur kebenaran, membela kebathilan!

Diari, aku sering tertanya-tanya, dengan apa bisa aku kembalikan kegemilangan Islam di bumiku ini. Dengan tangan? Dengan kudrat? Dengan tubuh? Atau dengan ilmu? Getar gegendang telinga masih terngiang-ngiang, menangkap butiran kalimah yang pernah terlontar di bibir Pak Cik Zaid, bahawa Nabi pernah bersabda "Barangsiapa yang inginkan dunia, maka dengan ilmu, barangsiapa yang inginkan akhirat maka dengan ilmu, barangsiapa yang inginkan kedua-duanya maka jualah dengan ilmu."Sungguh, ilmu itu amat penting, diari! Ilmu mempertemukan seorang hamba dengan penciptanya, ilmu metimbunkan ukhuwah antara seorang sahabat dengan sahabatnya. Begitu jualah dengan aku. Kembara pencarian ilmu ini aku teruskan di kota kecil, Universiti Hebron. Di sana, aku mendasari ilmu perundangan Islam. Aku kembali merungkai fitrah insani, kembali kepada menghayati kedua-dua syariat dan syiar Islam, Al-Quran dan Sunnah.

Perjalanan hidupku sebagai siswi berjalan lancar. Telahku bulatkan azam, pejalkan tekad bahawa pencarian mutiara ilmu ini bukanlah bernawaitu kemegahan dan pujian dunia, tetapi kerana Allah. Kerana aku punya cita-cita yang satu, ingin melihat bumiku bebas dari cakaran kafirun! Aman dari genggaman Yahudi! Lantas aku mendalami dua sumber Agung ini, berdamping dan bermesra dengan Furqan dan Hadith. Tenang! Itu yang aku rasai diari, menjalar dan menjejali ke segenap tangkai hati.

Diari, dalam melayari hari-hari remajaku, aku tidak dapat lari..tidak dapat lari daripada naluri yang semakin hari semakin bergejolak. Di bustan itu, menemukan aku dengan Amar, jejaka yang berkongsi hadaf denganku. Kami sefikrah, sefahaman malah saling memahami. Adakah itu dinamakan cinta,diari? Perhubungan atas dasar sahabat ini telah mengikat sutera kasih antara kami. Lalu dia cuba selami senandung nada kalbuku padanya. Semakin lama titisan ukhuwah ini, semakin berputik keyakinan yang amat payah untukku huraikan. Wartawan Falestin Muslimah itu benar-benar mencuri hatiku, mengocak sukmaku diari! Redup matanya menatap hening mataku , menimbulkan perasaan yang sukar untukku mengertikan. Ah, kalaulah bisa kau selami hatiku yang berbunga riang di saat itu diari!

Untaian cinta ini bertambah erat dalam pertautan yang sah. Amar melamarku, mengintai izinku menjadi serikandi dan permaisuri dalam hidupnya. Lantas musim siffin menjadi saksi, penyatuan antara dua cinta dan hati. Aku dan Amar diakadkan dalam satu majlis yang sederhana tetapi meriah. Maka bermulalah penghidupan yang asing bagiku. Kehidupan sebagai seorang isteri kepada seorang penulis yang tidak jemu-jemu meniupkan api semangat melalui qalam dan penanya. Aku kagum! Kagum dengan jiwa kental suamiku. Dia juga menghamili roh jihad, sama seperti pak cikku.

Hari-hari yang kulalui bersama Amar terasa indahnya. Dia lelaki soleh. Mengimami aku dalam segenap hal. Saban hari dia membisikkan padaku, mengalun-alunkan bait-bait indah di telingaku. Betapa dia rindu akan Al-Khaliq. Rindu menjadi syuhada. Rindu pada Syurga Firdausi. Ah, rindunya terlalu dalam...amat mendalam diari. Sering dia membicarakan kisah-kisah perjuangan kepadaku. Penuh penghayatan. Sejarah silam itu seakan-akan sudah sebati dengan jiwanya. Coretan hidup Hassan Al-Banna yang terbiar di Hospital Al-Qasran Aini dek renjaman peluru tidak bermata, kekentalan Salahuddin Al-Ayubi, membebaskan Palestin dalam Perang Hittin yang dahsyat, seutuh jiwa Sayyid Qutb yang terpenjara, dibelenggu Sijin Harbie, semuanya sudah termaktub dalam kamus diari hidupnya.

Diari, tugasnya seorang wartawan menuntut pengorbanan waktu dan masa. Tika hanya berbulan dan berbintang, dia khusyuk mengakrabkan diri, setia menitipkan kalimah dan kalam perjuangan. Hinggakan aku tidak tahu bilakah bantal dan tilam dapat menemani kantuknya! Acapkali juga aku terlentok di bahu meja, terlena di lengan sasanya. Taipan jari-jemari menekan keyboard seolah-olah irama yang merdu, membuai tidurku. Namun aku bahagia begitu. Sudah aku arif jihadnya di arena itu, di gelanggang itu. Jihad di hujung mata pena!

Tautan cinta ini bertambah erat dan kukuh apabila ladangku subur menyemai zuriatnya. Amar amat gembira, terlalu gembira. Ah, diari, tidak dapat aku gambarkan saat dan ketika itu. Betapa bahagianya aku. Betapa bahagianya dia. Maka kandungan ini kami tatang dengan penuh sempurna. Peralihan masa yang menjadi fitrah setiap penciptaan Ilahi menyaksikan bayiku perlahan-lahan membentuk mudghah. Embrionya ini diimplantasikan di dinding rahimku lantas menjadi janin yang berkembang. Dia bernafas seiring dengan nafasku. Dia berdenyut selari dengan denyutan jantungku. Surah Luqman, Yusuf, Maryam sering aku alun-alunkan. Dia mula bertindak balas pada kalimah tayyibah yang aku lagukan. Indahnya saat menjadi ibu, diari!

Namun tidak disangka, gerimis melanda hidupku ketika aku sedang enak mengecap nikmat kebahagiaan. Aku masih ingat malam itu, malam keramat! Malam yang mengukir titik bidayah kesuraman dalam hidupku. Tika aku dan Amar khusyuk, tenggelam dalam tartil Furqan, pintu teratak kami diketuk. Amar ditangkap. Dia dihumbankan ke Sijin Harbie. Askar Israel itu memang bangsat! Aku ditendang, disepak, ditampar tanpa belas kasihan. Aku terperosok, sakit di hujung penjuru. Allah, betapa sakitnya! Betapa peritnya! Perutku terasa begitu pedih seolah-olah dicucuk sembilu berbisa. Dinding anteriorku mula ditendang-tendang. Mungkin bayiku lemas berkeadaan begitu. Mungkin bayiku turut merasai kesakitan dan kepedihan seperti diriku.

"Sabarlah wahai anakku, ummi tidak mampu berbuat apa-apa."Aku cuba titipkan kalimah itu dengan harapan janin itu memahami kesengsaraanku. Musim derita ini tidak berakhir begitu sahaja, memanik jernih turun laju menjujuh, membasahi bajuku tatkala Amar dibawa pergi, dan akhirnya hilang dari pandangan mataku.

Diari, taqdir Ilahi aku terima dengan penuh kerelaan. Bukankah ummat Islam dituntut beriman pada Qada' dan Qadar? Aku pasti diari, ada hikmah yang bakal tersingkap dari perjalanan hidupku yang berliku. Ada madu yang akhirnya akan mencairkan pahit hempedu. Sudah fitrah perjuangan diari, penuh mehnahnya. Penuh onak dan duri. Namun sesekali diari, aku tidak mampu menolak bayangan Amar yang kerapkali bertandang di layar mata. Hati mula ditiup rindu. Menerobos kalbu. Aku rindu seraut wajah itu. Wajah redup yang menimbulkan ketenangan. Wajah bersih yang bersifat penyayang. Saban malam, aku tenggelam dalam linangan air mata. Aku terlalu rindukan Amar, diari!

Diari, kandunganku ini kubelai penuh kemanjaan walaupun tanpa Amar di sisi. Aku nukilkan padanya kisah-kisah junjungan mulia. Jauh di sudut hati, aku ingin dia lahir mewarisi sifat-sifat terpuji Rasullullah. Aku ingin melihat dia menjadi Salahuddin Al-Ayubi yang kedua, bakal membebaskan Palestin dari taghut yang menggila. Harapanku padanya tinggi! Amat tinggi! Diari, hamparan suci itu acapkali menjadi saksi ketika doaku berentet panjang. Aku pohonkan keselamatan dan kesejahteraan suamiku, yang tiada khabar berita. Meskipun aku arif benar, tiada siapa yang mampu terlepas dari cengkaman maut penjara puaka itu. Ah, bukankah doa itu senjata orang-orang mukmin? Aku rela dan redha, andai ditakdirkan suamiku terkorban di sana, andai ditakdirkan dia bergelar syuhada.

Diari, entah mengapa, mutakhir ini aku sering bermimpi bayangan yang sukar untuk ditafsirkan. Bayangan yang kerapkali mengganggu gharisahku. Aku bermimpi, aku berlari-lari di taman yang indah, cantiknya yang tidak dapat aku gambarkan. Air sungai mengalir tenang tanpa kenal erti tandus dan gersang. Tiadapun segaris duka di raut wajahku ketika itu, diari. Aku gembira menyusuri taman yang bunganya mekar, mengelopak dan mengembang. Harum yang mewangi di segenap ruang. Paling mengejutkan diari, Amar malahan anakku juga ada di sana. Mereka melambai-lambai sambil tersenyum mesra ke arahku. Apakah makna mimpiku itu diari?

Diari, jari jemariku terasa lenguh, ralit melakarkan coretan ini. Tanpa aku sedari malam kian melabuhkan tirainya. Kantuk semakin memberat di birai mata. Terima kasih diari kerana sudi menjadi temanku, mengakrabiku di kala kepiluan dan kesedihan begini. Ah, kau setia dairi, setia mendengar suara dan luahan hati ini. Andai esok mentari bersinar cerah dan andai esok rohku tidak dijemput pulang, kita bertemu lagi diari.

25 December 2002.

BAITUL MAQDIS, Selasa- Tujuh penduduk Palestin mati akibat letupan bom dan terkena tembakan semalam, ketika Menteri Luar Israel, Shimon Peres, memulakan lawatan ke Amerika Syarikat bagi membincangkan pelan damai Asia Barat.
Letupan yang berlaku di pinggir Masjidil Aqsa itu merobohkan sebuah bangunan dua tingkat serta membunuh seorang budak perempuan yang berusia dua tahun, seorang budak lelaki yang berusia tujuh tahun dan seorang wanita hamil..Reuters.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 21, 2010

Diari Seorang Wanita Palestin

Posted by ismi♪♫diana at 11:05 AM

0 comments on "Diari Seorang Wanita Palestin"

Post a Comment