Pages

Sunday, April 18, 2010

Wanita adalah bintang dan pelita

Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

Bayangkan andainya seluruh alam ini hanya didiami oleh lelaki. Tentu membosankan. Sedang Nabi Adam a.s. juga berasa tidak tenteram apabila keseorangan, walhal apa yang tidak ada di Syurga? Namun, fitrah manusia memang mahu berteman, agar dengan itu dia ada teman bicara, untuk dia membina tali perkenalan, saling sayang menyayang untuk membina sahsiah hidup yang membahagiakan.

Demikian juga andainya seluruh alam ini hanya didiami oleh wanita. Alangkah bosannya. Tetapi kewujudan wanita itu sendiri di samping penting dalam kehidupan lelaki ia juga boleh berakhir sebagai racun berbisa atau kekal sebagai madu yang menyegarkan.

Wanita itu bintang. Ia indah di pesada langit. Wanita itu pelita. Ia menerangi alam di malam penuh gelita. Wujudnya wanita selain untuk memperhambakan dirinya kepada PENCIPTA, juga sebagai dian dalam hidup lelaki. Maka bertindaklah sebagai dian yang cukup damarnya untuk terus menerangi gua diri seorang lelaki, usah menjadi racun yang memusnahkan diri sendiri juga dia yang bernama lelaki.

Lelaki itu kelihatannya perkasa, tetapi sebenarnya lemah. Yang perkasa mungkin fizikalnya tetapi hati dan perasaannya tetap romantik. Jika tidak tiada lelaki sanggup menyusahkan dirinya untuk bergelar kekasih atau suami kepada seorang wanita. Dengan itu dia terpaksa melupuskan kemerdekaannya. Dia terpaksa menjadi manusia yang akan dijadikan tempat pergantungan oleh banyak pihak. Dia terpaksa menyusahkan dirinya untuk orang lain.

Perasaan lelaki tetap halus sebagaimana wanita, cuma dia dibekali keperkasaan tubuh oleh ALLAH, lantaran dia lebih dipertanggungjawabkan untuk menerajui kehidupan di bumi. Perasaannya tetap halus dan mudah tersentuh. Dia boleh menangis apabila rasa terhiris. Apa juga keperkasaan yang ditunjukkannya dia tetap memiliki hati yang lembut. Jika tidak seorang panglima tidak mungkin berlutut di hadapan kekasihnya selepas dia membunuh 100 orang musuh di medan peperangan.

Lelaki menjadi tidak okey bukan sepenuhnya kehendak lelaki itu. Selalu terjadi seorang lelaki yang berjaya menjaga semua ciri-ciri kesolehan dan ketaatan akhirnya kecundang oleh godaan wanita. Usah salahkan lelaki sangat jika perhatiannya terkalih tetapi salahkan jugalah wanita yang telah menggodanya. Lelaki lemah dalam perkasa. Dia bertolak ansur dalam bertegas. Dia boleh runtuh oleh godaan yang berterusan.

Jika seorang lelaki terlupa tanggungjawabnya bukan salah dia sangat tetapi ujian yang terpaksa ditempuhnya bermula daripada wanita juga. Apa yang lelaki inginkan dalam satu-satu perhubungan terlarang, kecuali perhatian meskipun kegatalan yang tidak dinafikan.

Lelaki amat mendambakan seorang wanita yang baik di sisinya. Wanita lebih-lebih lagi memerlukan seorang lelaki yang bertanggungjawab di sisinya. Kita saling perlu memerlukan. Kita saling bercinta untuk kecemerlangan. Perkahwinan adalah titik mula pada gemilang dan terbilang. Usah jadikan perkahwinan titik mula pada gagal dan kecundang.

Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

Gunakan kecantikan anda untuk menundukkan seorang lelaki, anda akan berjaya sebab tiada lelaki yang tidak terpukau oleh kecantikan. Tetapi apabila datang bosan dan marah kecantikan seorang wanita sudah tidak bermakna apa-apa lagi.

Sayangilah sebuah perkenalan kerana di situ ada kenangan. Kenangi sebuah perhubungan kerana di situ ada kerinduan. Sayangi kedua-duanya kerana ia rahmat TUHAN.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, April 18, 2010

Posted by ismi♪♫diana at 12:39 AM 0 comments

Wanita adalah bintang dan pelita

Posted by ismi♪♫diana at 12:05 AM 0 comments