Pages

Sunday, November 13, 2011

Perasaan itu Indah..

Cinta itu indah..

jika cinta itu kerana ALLAH.. kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu cintai..

Rindu itu indah..

jika rindu itu kerana ALLAH… kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu rindui…

Kegembiraan itu indah..

jika gembira itu kerana ALLAH… kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu gembira…

Sedih itu indah..

jika sedih itu kerana ALLAH.. kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu sedih…

Bosan itu indah..

jika bosan itu kerana ALLAH.. kerana bosan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu bosankan…

Kesibukan itu indah..

jika sibuk itu kerana ALLAH.. kerana kesibukan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu sibukkan…

Sakit itu indah..

jika sakit itu kerana ALLAH.. kerana kesakitan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menyakitkan kamu…

Benci itu indah..

jika benci itu kerana ALLAH.. kerana kebencian itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu benci…

Kesusahan dan derita itu indah..

jika ia kerana ALLAH.. kerana derita dan kesusahan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu susah dan derita..

maka, niatlah segala perasaan kita hanya untuk Allah.. hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah…

jujurlah kepada Allah.. atas segala yang menimpa kamu… atas segala yang diperbuatkan oleh kamu.. dan kembalikanlah segala perasaan itu kepada Allah kembali.. kerana Allah jua lah yang memberi segala perasaan itu..

jika ia memberi kebaikan dan menghapuskan dosa-dosa untuk kamu, menyempunakan diri kamu di kemudian hari, maka redhalah dengan perasaan itu..mohonlah, berdoalah agar Allah perbaiki diri kamu… dan berusaha lah untuk muhasabah diri..cari di mana kelalaian kamu selama ini… dan berusahalah memperbaiki diri.

jika perasaan itu menambahkan dosa-dosa kamu, maka mohonlah dihilangkan . hanya kerana takut akan murka, azab allah di ‘sana’ nanti..

serahlah diri kepada Allah dalam apa sahaja yang berlaku kepada kamu. insyaallah, Allah akan mengembalikan kembali perasaan-perasaan kamu itu mengikut apa yang terbaik untuk kamu.

percayalah, Allah tidak pernah menyiksa kamu, kerana bukan itu tujuan kamu diciptakan. Allah sentiasa merindui dan mencintai kamu, hamba-hambanya ,lebih dari segala manusia yang ada di muka bumi ini…

Allah memberi perasaan-perasaan itu untuk memberi ‘isyarat’ cinta dan kasih sayangnya untuk kamu kembali kepada nya… kembali tenang hanya jika bersamanya.

jika masih belum ketemui ‘keindahan’ itu, sekurang-kurangnya kamu mendapat redha Allah.. kerana kamu mengingati dia dan berniat hanya kerana dia di setiap apa sahaja yang menimpa kamu...

Apakah yang lebih bernilai dari REDHA ALLAH? dari RAHMAT ALLAH? dari KETENANGAN daripada ALLAH? dari perasaan KEINDAHAN hanya dengan ‘BERSAMA’ ALLAH?

InsyaALLAH, kamu, kita semua akan ketemu ‘keindahan’ itu…jika kerana ALLAH…percayalah…

Shared from : Aku ISLAM
http://akuislam.com/blog/renungan/segala-perasaan-itu-indah-jika/

Tuesday, November 8, 2011

Kemanisan Iman

“Pengungkapan dengan lafaz ‘manis’ kerana Allah mengumpamakan iman seperti pohon,
seperti di dalam firman-Nya bermaksud:

“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik.” (Surah Ibrahim, ayat 24)

Kalimat yang baik adalah kalimat ikhlas, kalimat tauhid, sedangkan pohon adalah pokok daripada keimanan,
cabangnya adalah menjalankan perintah dan menjauhi larangan,
daun-daunnya adalah segala amal kebaikan yang harus diperhatikan seorang mukmin,
dan buahnya adalah segala macam bentuk ketaatan.
Manisnya buah ketika buah sudah matang,
dan puncak daripada rasa manis itu adalah apabila buah telah benar-benar masak.
Maka ketika itulah akan terasa manisnya buah itu.

Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang

“Sesungguhnya Allah itu, mencintai orang yang sering bertaubat, dan menyucikan diri” Surah Al-Baqarah ayat 222.

Cinta Kerana Allah

“Cintailah Allah kerana nikmat yang dianugerahkan kepada kamu, cintailah aku kerana cinta kamu kepada-Nya”. (HR. Tirmidzi dan Al-Hakim)

Sudah semestinya cinta kepada Allah diletakkan di atas segala-galanya. Kerana Dialah yang menciptakan cinta dan hati tempat cinta itu bersemayam. Cinta kepada Allah akan mewariskan kecintaan para hamba-Nya. Sebaliknya, cinta yang bukan kerana-Nya hanya akan mengundang murka-Nya dan murka makhluk-Nya. Beruntunglah orang yang hanya mencintai Allah saja dalam hatinya, dan mencintai makhluk hanya sekedar mencintai kerana-Nya.

Semoga Allah menganugerahkan kepada kita cinta yang hakiki dan abadi hingga ke akhirat sana. Amin

Saturday, July 9, 2011

Wanita Pertama Masuk ke Syurga

Siti Fatimah adalah anak Rasulullah yang mempunyai budi pekerti yang baik dan beliau amat taat kepada ajaran Islam dan sifat-sifatnya sama seperti bapanya yakni Nabi Muhammad S.A.W. Pada suatu hari ketika Rasulullah sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda, “Aduhai anakandaku, ada seorang perempuan kebanyakan (orang biasa) yang akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu”.

Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanya lantas menangis dan berkata, “Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda, khabarkanlah di mana dia sekarang”.

Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, “Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah”. Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam.

Perempuan yang Rasulullah maksudkan itu membuka pintu dan bertanyakan hajat Siti Fatimah datang ke sana tanpa menjemputnya masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah berkata, “Saya datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan awak”. Perempuan itu menjawab, “Terima kasih cik, tetapi saya tidak dapat membenarkan cik masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin apabila dia balik nanti. Silalah datang pada esok hari”.

Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pulang kerana tak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan itu. Esoknya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu dengan membawa anaknya yang bernama Hasan. Apabila tiba di pintu rumah perempuan tersebut dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba perempuan itu melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia berkata, “Ini siapa?”. Anakanda Rasulullah menjawab, “Ini anak saya, Hasan”. Perempuan itu lantas berkata, “Saya dukacita kerana saya belum meminta izin untuk anak ini masuk dari suami saya”.

Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia pun balik kembali ke rumahnya. Esoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah perempuan itu tapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Perempuan ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang budak lagi yang belum diminta izin dari suaminya untuk masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah tersipu malu lalu dia balik dengan perasaan hampa.

Dalam perjalanan pulang, hatinya berkata-kata, “Perempuan ini sangat takut kepada suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya. Pada hal jika dia membenarkan aku masuk, takkan suaminya marah? Tak usahlah pandang aku ini siapa dan dua budak ni cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang jauh sudahlah” bisik hatinya sambil menangis teresak-esak.

Sebaik sahaja suami kepada perempuan itu pulang, perempuan itu memberitahu perihal budak yang seorang lagi yang dibawa oleh Siti Fatimah. Sumainya yang terkejut dan hairan pun berkata, “Kenapa awak tahan sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasulullah S.A.W dan dua orang anaknya itu cucu baginda. Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaan Rasulullah. Jangan awak buat seperti itu lagi, jika dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan baik dan hormatlah mereka semua”.

Isterinya menyahut, “Baiklah, tetapi maafkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu saya tak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak”. “Terima Kasih” sahut suaminya.

Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa dua orang puteranya. Setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan. Dalam pada itu, perempuan itu berjalan ke arah muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tak berapa memperdulikan Siti Fatimah.Sambil itu Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi mengangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis.

Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Siti Fatimah bertanya, “Mengapa jadi begini?” Perempuan itu menyahut, “Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya”. “Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Siti Fatimah. Jawab perempuan itu, “Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah”.

Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi, “Buat apa pula tongkat itu?” Perempuan itu menjawab, “Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini”. Siti Fatimah bertanya lagi, “Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?” Maka perempuan itu berkata, “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya”.

Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Siti Fatimah termenung dan hairan lalu dia berkata, “Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Patutlah dia masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung pada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya”.

Sambil teresak-esak menangis dan menitis air matanya, Siti Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera mengadap ayahandanya Rasulullah S.A.W lalu berkata, “Anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi kerana tak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda maksudkan itu”.

Sebaik sahaja Rasulullah S.A.W mendengar rintihan puterinya lalu baginda bersabda sambil tersenyum, “Anakanda, janganlah susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk terlebih dahulu”. Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Siti Fatimah tersenyum ketawa.

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud:

"Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya. "

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami. Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami.

Al-Ma'thurat

Al- Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut.
Fadhilat Zikir Al-Ma'thurat

1) Mohon hidayah dan bimbingan daripada Allah ke jalan hidup yang benar dan diredhai serta dijauhi dari gangguan syaitan.

2) Zikir-zikir amalan Rasulullah s.a.w. ini dapat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T., bertakwa dan memperteguh jiwa dengan aqidah yang kukuh.

3) Membaca Al-Fatihah dan ayat 10 dalam Surah Al-Baqarah dalam Al-Ma'thurat mendapat pahala yang besar dan terlindung daripada syaitan serta terhindar dari kemalangan.(menurut hadis Rasulullah s.a.w. riwayat Ad-Darami dan Baihaqi). 

Thursday, July 7, 2011

سُنَّةَ الضُحَى

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ
 شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ
Daripada Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, "Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, solat Dhuha 2 rakaat dan solat witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الْجَنَّةِ
Daripada Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW ; "Barang siapa solat Dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

Rasulullah bersabda lagi,
"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ
Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW , beliau bersabda : "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." (Al-Tabrani)

Cara mengerjakannya :
Solat Dhuha adalah solat sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat.

  • Niat Solat Dhuha
أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالى
Sahaja aku mengerjakan solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala
  • Bacaan (selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua) (Riwayat al-Hakim).
Jika tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah ikhlas untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Surah lain yang boleh dibaca dalam solat Dhuha :
(Selepas al-Fatihah)
  • Rakaat pertama Ayatul Kursi
Pada rakaat pertama bacalah Ayatul Kursi kerana Ayatul Kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa surah itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadis yang menerangkan tentang fadhilat Ayat Kursi.
  • Rakaat kedua Surah Al-Ikhlas
Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNya.
  • Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali
سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ
"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"
  • Doa Solat Dhuha :

اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ
وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ
"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu,
kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Wednesday, July 6, 2011

Qalbun

Ketahuilah bahawa di dalam dada manusia ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya, apabila ia rosak, rosaklah seluruhnya. Ketahuilah seketul daging itu adalah hati. [HR Bukhari dan Muslim]

Cantik dan buruk perilaku seseorang bergantung kepada ketulusan hatinya.Tidak memadai dengan raut wajah yang cantik tanpa isian yang sempurna.Namun,manusia sentiasa khilaf untuk menjaga sekeping hati yang dilahirkan suci itu.Hati yang mudah goyang dengan ujian,dugaan dan cabaran yang ada.Dendam,iri hati,hasad dengki sering sangat menyelubungi hati sehingga kadang kala mampu menggerakkan tangan dan kaki tanpa pertimbangan akal fikiran yang diberi.Kerana hati juga ramai yang jatuh tersungkur mengikut hati yang penuh dengan hawa nafsu.Manusia leka dengan duniawi sehinggakan lalai dari mengingati Allah pencipta sekalian alam serta isinya.Segalanya bermula dari hati kan.Hati yang bergelumang dengan dosa penuh dengan gelap gelitanya.Hal ini digambarkan oleh hadis Rasulullah yang bermaksud: 

“Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Hadis riwayat Ibn Majah).

Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud:
“Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi
kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.” (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14).

Jangan dibiarkan hati suci itu hitam dan keras serta jauh dari nur keimanan dan rahmat Allah.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah ayat 74).

Firman Allah diatas menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya mampu mengalirkan air dan boleh pecah kerana amat takutkan Allah.Inikan pula hati manusia yang sangat rapuh tu. Persoalannya cuma nak atau tak saja kn.So,moh le kte same2 jaga,rawat dan isi hati kita nie..=)

Antara cara untuk menjaga hati agar kekal hidup :

1) Selalu berzikir kepada Allah
Dengan berzikir,hati terus-menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi jernih. Hati yang selalu terima pengisian ini akan sentiasa dipelihara kejernihannya sehinggakan suara hati itu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi.

2) Merenung dan mengkaji ayat-ayat Allah serta tanda-tanda kekuasaanNya
Biarlah hati itu memerhati dan mengambil hikmah daripada setiap kejadian alam serta semua isi yang ada di langit dan di bumi. Dengan itu hati akan sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah dan cinta kepada penciptaNya.

3) Berusaha untuk lakukan ibadat yang terbaik
Ibadat yang kusyuk menghasilkan kekuatan yang besar dengan penyerahan seluruh hati kepada Allah demi keteguhan hati.Hati itu tempat letaknya iman mutiara.Hati yang bersih akan mengekalkan iman yang rapi didalamnya.Keimanan hanya kekal dalam hati yang bersih.

Allah menjelaskan dalam Al-Quran dalam Surah Al-Ahzaab ayat 41:

Sesungguhnya dengan mengingati Allah,hati akan sentiasa tenang..=)

Tuesday, July 5, 2011

Wanita dan Permata

Aurat wanita yang tak boleh terlihat di hadapan lelaki lain (selain suami dan mahramnya) adalah seluruh anggota badannya kecuali wajah dan telapak tangan.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka(daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya".
(Surah An-Nur : 31)

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah al-Ahzab : 59)

Suatu ketika dulu,ada seorang anak gadis yang meningkat remaja bertanya kepada ayahnya.."kenapa saya perlu pakai tudung?"...ayahnya memandang anak gadisnya sambil tersenyum..."anakku,kenapa Tuhan sembunyikan emas dan permata jauh di dasar bumi?"..."entah",balas anaknya.."Tuhan sembunyikan emas dan permata di dalam perut bumi kerana ia adalah sesuatu yang cantik,menarik dan menarik ramai pemerhati"...sesiapa yang mahukan hasilnya perlulah berusaha untuk memilikinya..sama seperti wanita..Tuhan perintahkan wanita agar menutupi auratnya kerana aurat adalah sesuatu yang berharga dan menarik..jika wanita itu sendiri tidak melindingi auratnya siapa yang perlu diharapkan lagi.,=)

Saturday, June 11, 2011

Ujian itu rahsia Allah..

بسم الله الرحمن الرحيم
Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi ~ Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku..

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Dusta jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan, ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.

Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan adalah berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt. Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Friday, June 3, 2011

صلوات الشفاء

Selawat Syifa'

Terjemahan :
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.

Wednesday, May 18, 2011

قلبي

Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu.

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi
Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku
Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Amin…

Tuesday, May 17, 2011

Duhai Muslimah..

Dirimu terhias sebagai sebaik-baik ciptaan..
Maka jadikanlah diri mu nisa' yang boleh menjadi mujahidah..
Jihad di jalan Allah..
Jadikanlah diri mu antara fatayat yang cantik dijulang..
Cantik dipandang..
tetapi susah untuk dipegang..
Jadikanlah diri mu gadis manis yang tidak pernah kalah dengan redup panahan mata adam..
Biar nafsu mu hidup dalam tarbiyyah..
dijalan dakwah..
bertitahkan darah dan air mata perjuangan..

Usahlah cemari rumahtangga mu dengan maksiat..
Pilihan tentang sesusuk peribadi dan akhlak yang akan mendamping mu..
Nama si "dia" telah pun tercatat di lohmahfuz..
untukmu..
Namun peribadinya ditentukan oleh peribadi mu..
Allah akan menjadikan kufu pada kebiasaannya..
Jika kau impiankan peribadinya yang soleh..
Solehahkan lah diri mu..

Wanita yang baik untuk lelaki yang baik..dan sebaliknya..

Sunday, May 8, 2011

Senyum VS Ketawa..

Nabi S.A.W bersabda “Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka.”

Hadis diatas bermaksud mudah dimasukkan ke dalam api neraka. Ini bukan bermaksud kita tidak dibenarkan menunjuk perasaan suka terhadap sesuatu, tetapi haruslah berpada-pada. Sebaik cara bergembira adalah seperti yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Baginda hanya tersenyum tanpa bersuara. Hal ini kerana ketawa yang terbahak-bahak akan melalaikan hati manusia. Sedangkan hati kita sepatutnya sering mengingati Allah. Dalam keadaan suka yang keterlaluan, manusia akan alpa dan lupa dengan keadaan akhirat yang bakal ditempuhi kelak. Sedangkan keadaan kita kelak tidak dapat dinukilkan. Nabi Muhammad S.A.W melarang umat baginda daripada gelak ketawa yang melampaui batas. Hal ini kerana ketawa tergelak-gelak akan menutup satu pintu daripada pintu ilmu. Barangsiapa banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu.

Saturday, April 30, 2011

Damba Kasih..

Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

*lagu yg sngt mnyentuh hati

La Tahzan..

Jgn hadirkan sedih dlm hatimu..
Jgn hadirkn duka dlm prasaanmu..
Jgn hadirkan benci dlm ujianmu..
ingatlh..
bukan kau saja yg sering dduga..
Para rasul mulia lebih terseksa..
mereka bahagia dlm derita..
mereka kaya dlm papa..
mereka merasai ramai..
walaupun kseorangan..
memadai dgn hnya ALLAH pneman hati..
itulah kbahagiaan yg sbenar..

"Boleh jadi kamu mmbenci sesuatu,pdahal ia amat baik bagi kamu.
Dan boleh jadi kamu mncintai sesuatu,pdahal ia amat buruk bagi
kamu. ALLAH Maha mngetahui sedangkan kamu tidak
mngetahui"..(al-Baqarah:216)

Thursday, April 14, 2011

6 Jenis Wanita..

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

  • Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

  • Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

  • Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

  • Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

  • Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

  • Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazali

Wednesday, April 13, 2011

Wanita...

Allah S.W.T berfirman : “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak, dan sawah ladang.Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik.”(QS. Ali Imran : 14)

Wanita adalah fitnah terbesar bagi lelaki..
Rasulullah S.A.W memberikan peringatan sebagaimana yang diriwayatkan dalam Shahih Muslim dari shahabat Abu Said Al Khudri, beliau bersabda : “Hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita kerana sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa Bani Israil adalah wanita.”

Rasulullah S.A.W bersabda:Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka adalah wanita yang memperkenalkan dirinya kepada orang lain.Yang dimaksudkan disini adalah perempuan yang mendedahkan auratnya atau berhias untuk ditunjukan kepada lelaki yang bukan muhrimnya.Hukumnya adalah haram.Sesungguhnya sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki.

Wanita adalah penghuni terbesar..
Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir), dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.
(HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan ‘Imran serta selain keduanya).

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya.(QS. An-Nuur: 31)

Dalam pergaulan harian, wanita hendaklah bercakap ringkas dan tegas kepada lelaki bukan muhrim. Percakapan yang lemah-lembut dan pandangan mata yang mengasyikkan boleh membangkit perasaan istimewa kepada orang lelaki. Memang benar suara yang lunak itu menyebabkan hati lelaki menjadi cair. Oleh itu, berhati-hati ketika bertutur.

Wanita berakhlak serta bertaqwa selalunya tampil menawan. Ini kerana keikhlasan yang lahir dari hatinya terpancar di wajahnya. Segala yang dilakukan oleh dirinya hanyalah disandarkan kepada Allah SWT. Dengan keyakinan terhadap Allah adalah segala-galanya, Insyallah, hidupnya akan menjadi lebih mudah.

Wanita yang solehah adalah wanita yang taat kepada Allah SWT. Ketaatan itu adalah mahkota bagi orang Islam. Dengan ketaatan yang jujur dan ikhlas kepada-Nya, ia dapat mendorong manusia berjalan di jalan yang benar tanpa mudah dihasut oleh syaitan.

Tuesday, April 12, 2011

Kafein oh coffee..

Kafein adlah sjenis bhan kimia prangsang. Ia adlah zat kimia yg trgolong dlm jenis alkaloid ( zat organik yg mngandungi nitrogen). Kafein brasal dr tnaman yg dapat menstimulasi otak dan saraf. Rsanya agk pahit. Ia trdapat dlm air kopi dan nescafe.

In brief..
  • Kafein memberikan tenaga
  • Dapat mmecahkan lemak dlm bdan
  • Dapat mmbaiki kulit yg rosak akibat sinaran UV matahari
In contrast..
  • Punca utama sakit kpala
  • Mningkatkn produksi urine
  • Mngstresskn
  • Mngnervouskn
  • Insomnia
  • Risau
  • Resah
  • Gelisah
  • Kadang2 keriangan..kikiki
So, pntaulah pngambilan kafein untuk mengelakkan komplikasi yg tidak baik..

Wednesday, March 30, 2011

Penilaian ALLAH adalah yang terbaik..

Kta xdpat nk puaskn hati smua org..ap yg org ska n kta ska xsma kn..jadi, mmang impossible dpt memenuhi ap yg org nk n ska..Pringatan buat sy n smua..Pnilaian mnusia nih pelbagai..TETAPI msti ingt..Pnilaian ALLAH adlah yg trbaik..ckuplh dgn mngingati Allah..hati akn tnteram..
Ingin sy kongsikn crita Luqman al-Hakim dan anaknya =>

Pada suatu hari, Luqman al-Hakim dan anaknya pergi ke pasar di mana Luqman ingin memperlihatkan kepada puteranya perbandingan antara pandangan manusia dan pandangan Tuhan. Luqman dan anaknya membawa seekor keldai. Luqman naik ke atas keldai memandunya, sedangkan puteranya berjalan kaki mengiringi keldai tersebut. Waktu manusia melihat keadaan tersebut, maka mereka berkata,

"Inilah orang tua yang tidak kasihan kepada anaknya. Dia bersenangan di atas keldai, sedangkan anaknya berjalan kaki."

Maka Luqman menaikkan anaknya duduk di atas keldai bersama-sama dengannya. Luqman di depan anaknya di belakang. Tidak lama kemudian dilihat oleh manusia yang lain, mereka berkata,

"Wah! Dua orang di atas keldai. Kenapa tidak dinaiki tiga orang sekaligus? (Supaya keldai cepat mati)."

Luqman pun turun dari keldai dan anaknya sajalah yang berada di atas keldai itu. Tidak lama kemudian manusia yang lain berkata pula,

"Wah! Orang tua berjalan kaki dan puteranya memandu keldai."

Mendengar itu anaknya turun dari keldai berjalan kaki beserta orang tuanya. Dilihat lagi oleh manusia, mereka yang melihatnya berkata,

"Keldainya kosong tidak dikenderai, dan aneh! Kedua orang ini hanya berjalan kaki saja mengiringi keldai!"

Dari kejadian ini Luqman secara langsung mengajar anaknya dengan kejadian yang terjadi sebagai pengalaman, bahawa demikianlah apabila kita memandang terhadap makhluk dan terpengaruh kerana makhluk. Hal yang demikian tak ada hasilnya dan tak ada faedahnya. Maksudnya, Luqman mengajarkan kepada anaknya bahawa hubungan yang menenteramkan jiwa dan menyenangkan hati ialah hubungan kita dengan Tuhan. Hanya semata-mata pandangan Allah dan bukan pandangan manusia. Meskipun lahiriah kita sendirian, tetapi pada hakikatnya kita berserta Tuhan.
 
Wednesday, March 16, 2011

berdiam lebih baik..

“Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya,dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”.
(Riwayat Abu Naim)

DIAM AKU..
bukan kerana tidak mesra..
bukan kerana tidak mahu bersaudara..
tetapi kerana tidak mahu menyakiti hati orang lain..
kadang-kadang aku diam kerana memikirkan dosa yang lalu..
memikirkan apa yang boleh dilakukan untuk menggembirakan engkau..
kerana setiap yang aku lakukan bukan semuanya dapat diterima oleh orang lain..
walaupun orang boleh saja buat kepada aku..
tapi bagi aku manusia macam-macam ragam..
aku maafkan engkau..
walaupun aku juga penah terluka..
tetapi seingat aku tidak pernah aku pamerkan..
kerana aku sedar akan engkau sebagai kawan aku..
tidak mahu aku lukakan engkau jika aku pamerkan..
kata orang tua-tua jangan disimpan nanti bernanah..
bagi aku it's ok..
walaupun bernanah..
hanya aku yang rasa..
jangan engkau yang rasa..
kerana banyak kebaikan yang engkau berikan kepada aku..
hanya kerana hal sekecil kuman tidak akan aku simpan didalam hati..
walaupun hati ini memang sangat terasa..
tetapi hanya seketika..
aku cuba untuk berubat..
alhamdulillah..
sudah sembuh..
tetapi masih ada kesan..
kerana bukan sekali luka ini berdarah..

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik,
karana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.

Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. (Riwayat Bukhari & Muslim)
“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”. (Riwayat At-Tarmizi)

Menasihati orang yang bersalah , tidak salah.
Yang salah memikirkan kesalahan orang.

**PERINGATAN UNTUK AKU

Tuesday, February 22, 2011

Reda kn Marah itu..

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insya Allah kemarahan akan mulai reda..

S.E.M.A.N.G.A.T

Tuesday, February 1, 2011

Al-Quran..

The Qur’an was repeatedly revealed from Allah to Muhammad verbally through the angel Jibrīl (Gabriel) over a period of approximately twenty-three years, beginning in 610, when he was forty, and concluding in 632, the year of his death. He received his first revelation in the Cave of Hira.Since most sahaba were unable to read or write, they were ordered to learn from the prisoners-of-war the simple writing of the time. Thus a group of sahaba gradually became literate. As it was initially spoken, the Qur’an was recorded on tablets, bones and the wide, flat ends of date palm fronds. However, the Qur’an did not exist in book form at the time of Muhammad's death in 632.The Qur’an was memorized, recited and written down by Muhammad's companions after every revelation dictated by Muhammad. Most of Muhammad's tens of thousands of companions, called Sahabas, learned the Qur’an by heart, repeatedly recited in front of Muhammad for his approval or the approval of other Sahabas. Although the Qur’an was authentically memorized completely by tens of thousands verbally, the Qur’an was still established textually into a single book form shortly after Muhammad's death by order of the first Caliph Abu Bakr suggested by his future successor Umar. According to Shias, Sufis and scarce Sunni scholars, Ali compiled a complete version of the Qur’an mus'haf  immediately after Muhammad's death. The order of this mus'haf differed from that gathered later during Uthman's era. Despite this, Ali made no objection or resistance against standardized mus'haf, but kept his own book. After seventy reciters were killed in the Battle of Yamama, the caliph Abu Bakr decided to collect the different chapters and verses into one volume. Thus, a group of reciters, including Zayd ibn Thabit, collected the chapters and verses and produced several hand-written copies of the complete book.

Saturday, January 29, 2011

contact lens VS glasses

klau pkai contact lens akn mmberi kesan -ve kah??..the truth about them..kbaikan nya skit jaaa..just utk kcntikan n kselesaan saja kn..am i right??..it gives more harm than good..antara kburukannya adalah..iritasi..iritasi adalah kgatalan yg disebabkan oleh jangkitan mata dan boleh membawa kpd kbutaan..huhhh..bhaya nih..seterusnya..pmakaian kanta lekap sewaktu tidur akn mngurangkn oksigen pada mata..ini akn mnyebabkn lapisan permukaan mata mudah bengkak..kanta lekap juga boleh mnyebabkn mata kemerahan..Pemakai kanta lekap dsaran mnanggalkan kanta apabila mata nampak merah. Jika tidak dtanggalkan, mata brpotensi djangkiti kuman. Jika kuman kbetulan dari jenis yg sngt brjangkit, prmukaan selaput mata boleh brtukar putih dlm masa 24 jam..say NO to contact lens..ok..^^

Saturday, January 1, 2011

wanita..

woman was made by the rib of man
she was not created from his head to top him
nor form his feet to be stepped upon
she was made from his side to be close to him
from beneath his arm to be protected by him
near his heart to loved by him..

tercipta engkau dari rusuk lelaki
bukan dari kaki untuk dialasi
bukan dari kepala untuk dijunjung
tapi dekat dibahu untuk dilindungi
dekat jua dihati untuk dikasihi..

wanita solehan hiasan tercantik dunia!!

jOm refresh blik idiom BA..

1. مَنْ سَارَ عَلىَ الدَّرْبِ وَصَلَ
1. Barang siapa berjalan pada jalannya sampailah ia

2. مَنْ جَدَّ وَجَدَ
2. Barang siapa bersungguh-sungguh, dapatlah ia

3. مَنْ صَبَرَ ظَفِرَ
3. Barang siapa sabar beruntunglah ia

4. وَمَااللَّذَّةُ إِلاَّ بَعْدَ التَّعَبِ
4. Tidak kenikmatan kecuali setelah kepayahan

5. خَيْرُ جَلِيْسٍ فيِ الزَّمَانِ كِتَابٌ
5. Sebaik-baik teman duduk pada setiap waktu adalah buku

6. خَيْرُ الأَصْحَابِ مَنْ يَدُلُّكَ عَلىَ الخَيْرِ
6. Sebaik-baik teman itu ialah yang menunjukkan kamu kepada kebaikan

7. لاَ تَحْتَقِرْ مِسْكِيْنًا وَكُنْ لَهُ مُعِيْناً
7. Jangan engkau menghina orang miskin bahkan jadilah penolong baginya

8. إِذَا صَدَقَ العَزْمُ وَضَحَ السَّبِيْلُ
8. Jika benar kemauannya niscaya terbukalah jalannya

9. لاَ تَحْتَقِرْ مَنْ دُوْنَكَ فَلِكُلِّ شَيْئٍ مَزِيَّةٌ
9. Jangan menghina seseorang yang lebih rendah daripada kamu, kerana segala sesuatu itu mempunyai kelebihan

10. أَصْلِحْ نَفْسَكَ يَصْلُحْ لَكَ النَّاسُ
10. Perbaikilah dirimu sendiri, niscaya orang-orang lain akan baik padamu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, November 13, 2011

Perasaan itu Indah..

Posted by ismi♪♫diana at 5:11 PM 0 comments

Posted by ismi♪♫diana at 6:00 PM 0 comments
“Pengungkapan dengan lafaz ‘manis’ kerana Allah mengumpamakan iman seperti pohon,
seperti di dalam firman-Nya bermaksud:

“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik.” (Surah Ibrahim, ayat 24)

Kalimat yang baik adalah kalimat ikhlas, kalimat tauhid, sedangkan pohon adalah pokok daripada keimanan,
cabangnya adalah menjalankan perintah dan menjauhi larangan,
daun-daunnya adalah segala amal kebaikan yang harus diperhatikan seorang mukmin,
dan buahnya adalah segala macam bentuk ketaatan.
Manisnya buah ketika buah sudah matang,
dan puncak daripada rasa manis itu adalah apabila buah telah benar-benar masak.
Maka ketika itulah akan terasa manisnya buah itu.

Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang

Posted by ismi♪♫diana at 5:49 PM 0 comments

“Sesungguhnya Allah itu, mencintai orang yang sering bertaubat, dan menyucikan diri” Surah Al-Baqarah ayat 222.

Cinta Kerana Allah

Posted by ismi♪♫diana at 4:34 PM 0 comments

“Cintailah Allah kerana nikmat yang dianugerahkan kepada kamu, cintailah aku kerana cinta kamu kepada-Nya”. (HR. Tirmidzi dan Al-Hakim)

Sudah semestinya cinta kepada Allah diletakkan di atas segala-galanya. Kerana Dialah yang menciptakan cinta dan hati tempat cinta itu bersemayam. Cinta kepada Allah akan mewariskan kecintaan para hamba-Nya. Sebaliknya, cinta yang bukan kerana-Nya hanya akan mengundang murka-Nya dan murka makhluk-Nya. Beruntunglah orang yang hanya mencintai Allah saja dalam hatinya, dan mencintai makhluk hanya sekedar mencintai kerana-Nya.

Semoga Allah menganugerahkan kepada kita cinta yang hakiki dan abadi hingga ke akhirat sana. Amin

Saturday, July 9, 2011

Wanita Pertama Masuk ke Syurga

Posted by ismi♪♫diana at 9:54 AM 0 comments
Siti Fatimah adalah anak Rasulullah yang mempunyai budi pekerti yang baik dan beliau amat taat kepada ajaran Islam dan sifat-sifatnya sama seperti bapanya yakni Nabi Muhammad S.A.W. Pada suatu hari ketika Rasulullah sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda, “Aduhai anakandaku, ada seorang perempuan kebanyakan (orang biasa) yang akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu”.

Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanya lantas menangis dan berkata, “Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda, khabarkanlah di mana dia sekarang”.

Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, “Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah”. Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam.

Perempuan yang Rasulullah maksudkan itu membuka pintu dan bertanyakan hajat Siti Fatimah datang ke sana tanpa menjemputnya masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah berkata, “Saya datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan awak”. Perempuan itu menjawab, “Terima kasih cik, tetapi saya tidak dapat membenarkan cik masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin apabila dia balik nanti. Silalah datang pada esok hari”.

Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pulang kerana tak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan itu. Esoknya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu dengan membawa anaknya yang bernama Hasan. Apabila tiba di pintu rumah perempuan tersebut dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba perempuan itu melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia berkata, “Ini siapa?”. Anakanda Rasulullah menjawab, “Ini anak saya, Hasan”. Perempuan itu lantas berkata, “Saya dukacita kerana saya belum meminta izin untuk anak ini masuk dari suami saya”.

Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia pun balik kembali ke rumahnya. Esoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah perempuan itu tapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Perempuan ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang budak lagi yang belum diminta izin dari suaminya untuk masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah tersipu malu lalu dia balik dengan perasaan hampa.

Dalam perjalanan pulang, hatinya berkata-kata, “Perempuan ini sangat takut kepada suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya. Pada hal jika dia membenarkan aku masuk, takkan suaminya marah? Tak usahlah pandang aku ini siapa dan dua budak ni cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang jauh sudahlah” bisik hatinya sambil menangis teresak-esak.

Sebaik sahaja suami kepada perempuan itu pulang, perempuan itu memberitahu perihal budak yang seorang lagi yang dibawa oleh Siti Fatimah. Sumainya yang terkejut dan hairan pun berkata, “Kenapa awak tahan sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasulullah S.A.W dan dua orang anaknya itu cucu baginda. Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaan Rasulullah. Jangan awak buat seperti itu lagi, jika dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan baik dan hormatlah mereka semua”.

Isterinya menyahut, “Baiklah, tetapi maafkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu saya tak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak”. “Terima Kasih” sahut suaminya.

Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa dua orang puteranya. Setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan. Dalam pada itu, perempuan itu berjalan ke arah muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tak berapa memperdulikan Siti Fatimah.Sambil itu Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi mengangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis.

Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Siti Fatimah bertanya, “Mengapa jadi begini?” Perempuan itu menyahut, “Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya”. “Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Siti Fatimah. Jawab perempuan itu, “Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah”.

Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi, “Buat apa pula tongkat itu?” Perempuan itu menjawab, “Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini”. Siti Fatimah bertanya lagi, “Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?” Maka perempuan itu berkata, “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya”.

Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Siti Fatimah termenung dan hairan lalu dia berkata, “Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Patutlah dia masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung pada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya”.

Sambil teresak-esak menangis dan menitis air matanya, Siti Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera mengadap ayahandanya Rasulullah S.A.W lalu berkata, “Anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi kerana tak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda maksudkan itu”.

Sebaik sahaja Rasulullah S.A.W mendengar rintihan puterinya lalu baginda bersabda sambil tersenyum, “Anakanda, janganlah susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk terlebih dahulu”. Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Siti Fatimah tersenyum ketawa.

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud:

"Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya. "

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami. Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami.

Al-Ma'thurat

Posted by ismi♪♫diana at 8:15 AM 0 comments
Al- Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut.
Fadhilat Zikir Al-Ma'thurat

1) Mohon hidayah dan bimbingan daripada Allah ke jalan hidup yang benar dan diredhai serta dijauhi dari gangguan syaitan.

2) Zikir-zikir amalan Rasulullah s.a.w. ini dapat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T., bertakwa dan memperteguh jiwa dengan aqidah yang kukuh.

3) Membaca Al-Fatihah dan ayat 10 dalam Surah Al-Baqarah dalam Al-Ma'thurat mendapat pahala yang besar dan terlindung daripada syaitan serta terhindar dari kemalangan.(menurut hadis Rasulullah s.a.w. riwayat Ad-Darami dan Baihaqi). 

Thursday, July 7, 2011

سُنَّةَ الضُحَى

Posted by ismi♪♫diana at 9:43 AM 0 comments
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ
 شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ
Daripada Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, "Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, solat Dhuha 2 rakaat dan solat witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الْجَنَّةِ
Daripada Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW ; "Barang siapa solat Dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

Rasulullah bersabda lagi,
"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ
Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW , beliau bersabda : "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." (Al-Tabrani)

Cara mengerjakannya :
Solat Dhuha adalah solat sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat.

  • Niat Solat Dhuha
أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالى
Sahaja aku mengerjakan solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala
  • Bacaan (selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua) (Riwayat al-Hakim).
Jika tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah ikhlas untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Surah lain yang boleh dibaca dalam solat Dhuha :
(Selepas al-Fatihah)
  • Rakaat pertama Ayatul Kursi
Pada rakaat pertama bacalah Ayatul Kursi kerana Ayatul Kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa surah itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadis yang menerangkan tentang fadhilat Ayat Kursi.
  • Rakaat kedua Surah Al-Ikhlas
Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNya.
  • Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali
سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ
"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"
  • Doa Solat Dhuha :

اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ
وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ
"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu,
kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Wednesday, July 6, 2011

Qalbun

Posted by ismi♪♫diana at 4:28 PM 0 comments
Ketahuilah bahawa di dalam dada manusia ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya, apabila ia rosak, rosaklah seluruhnya. Ketahuilah seketul daging itu adalah hati. [HR Bukhari dan Muslim]

Cantik dan buruk perilaku seseorang bergantung kepada ketulusan hatinya.Tidak memadai dengan raut wajah yang cantik tanpa isian yang sempurna.Namun,manusia sentiasa khilaf untuk menjaga sekeping hati yang dilahirkan suci itu.Hati yang mudah goyang dengan ujian,dugaan dan cabaran yang ada.Dendam,iri hati,hasad dengki sering sangat menyelubungi hati sehingga kadang kala mampu menggerakkan tangan dan kaki tanpa pertimbangan akal fikiran yang diberi.Kerana hati juga ramai yang jatuh tersungkur mengikut hati yang penuh dengan hawa nafsu.Manusia leka dengan duniawi sehinggakan lalai dari mengingati Allah pencipta sekalian alam serta isinya.Segalanya bermula dari hati kan.Hati yang bergelumang dengan dosa penuh dengan gelap gelitanya.Hal ini digambarkan oleh hadis Rasulullah yang bermaksud: 

“Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Hadis riwayat Ibn Majah).

Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud:
“Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi
kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.” (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14).

Jangan dibiarkan hati suci itu hitam dan keras serta jauh dari nur keimanan dan rahmat Allah.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah ayat 74).

Firman Allah diatas menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya mampu mengalirkan air dan boleh pecah kerana amat takutkan Allah.Inikan pula hati manusia yang sangat rapuh tu. Persoalannya cuma nak atau tak saja kn.So,moh le kte same2 jaga,rawat dan isi hati kita nie..=)

Antara cara untuk menjaga hati agar kekal hidup :

1) Selalu berzikir kepada Allah
Dengan berzikir,hati terus-menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi jernih. Hati yang selalu terima pengisian ini akan sentiasa dipelihara kejernihannya sehinggakan suara hati itu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi.

2) Merenung dan mengkaji ayat-ayat Allah serta tanda-tanda kekuasaanNya
Biarlah hati itu memerhati dan mengambil hikmah daripada setiap kejadian alam serta semua isi yang ada di langit dan di bumi. Dengan itu hati akan sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah dan cinta kepada penciptaNya.

3) Berusaha untuk lakukan ibadat yang terbaik
Ibadat yang kusyuk menghasilkan kekuatan yang besar dengan penyerahan seluruh hati kepada Allah demi keteguhan hati.Hati itu tempat letaknya iman mutiara.Hati yang bersih akan mengekalkan iman yang rapi didalamnya.Keimanan hanya kekal dalam hati yang bersih.

Allah menjelaskan dalam Al-Quran dalam Surah Al-Ahzaab ayat 41:

Sesungguhnya dengan mengingati Allah,hati akan sentiasa tenang..=)

Tuesday, July 5, 2011

Wanita dan Permata

Posted by ismi♪♫diana at 5:47 PM 0 comments
Aurat wanita yang tak boleh terlihat di hadapan lelaki lain (selain suami dan mahramnya) adalah seluruh anggota badannya kecuali wajah dan telapak tangan.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka(daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya".
(Surah An-Nur : 31)

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah al-Ahzab : 59)

Suatu ketika dulu,ada seorang anak gadis yang meningkat remaja bertanya kepada ayahnya.."kenapa saya perlu pakai tudung?"...ayahnya memandang anak gadisnya sambil tersenyum..."anakku,kenapa Tuhan sembunyikan emas dan permata jauh di dasar bumi?"..."entah",balas anaknya.."Tuhan sembunyikan emas dan permata di dalam perut bumi kerana ia adalah sesuatu yang cantik,menarik dan menarik ramai pemerhati"...sesiapa yang mahukan hasilnya perlulah berusaha untuk memilikinya..sama seperti wanita..Tuhan perintahkan wanita agar menutupi auratnya kerana aurat adalah sesuatu yang berharga dan menarik..jika wanita itu sendiri tidak melindingi auratnya siapa yang perlu diharapkan lagi.,=)

Saturday, June 11, 2011

Ujian itu rahsia Allah..

Posted by ismi♪♫diana at 10:27 PM 0 comments
بسم الله الرحمن الرحيم
Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi ~ Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku..

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Dusta jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan, ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.

Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan adalah berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt. Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Friday, June 3, 2011

صلوات الشفاء

Posted by ismi♪♫diana at 9:14 PM 0 comments
Selawat Syifa'

Terjemahan :
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.

Wednesday, May 18, 2011

قلبي

Posted by ismi♪♫diana at 11:55 PM 0 comments
Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu.

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi
Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku
Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Amin…

Tuesday, May 17, 2011

Duhai Muslimah..

Posted by ismi♪♫diana at 12:07 PM 0 comments
Dirimu terhias sebagai sebaik-baik ciptaan..
Maka jadikanlah diri mu nisa' yang boleh menjadi mujahidah..
Jihad di jalan Allah..
Jadikanlah diri mu antara fatayat yang cantik dijulang..
Cantik dipandang..
tetapi susah untuk dipegang..
Jadikanlah diri mu gadis manis yang tidak pernah kalah dengan redup panahan mata adam..
Biar nafsu mu hidup dalam tarbiyyah..
dijalan dakwah..
bertitahkan darah dan air mata perjuangan..

Usahlah cemari rumahtangga mu dengan maksiat..
Pilihan tentang sesusuk peribadi dan akhlak yang akan mendamping mu..
Nama si "dia" telah pun tercatat di lohmahfuz..
untukmu..
Namun peribadinya ditentukan oleh peribadi mu..
Allah akan menjadikan kufu pada kebiasaannya..
Jika kau impiankan peribadinya yang soleh..
Solehahkan lah diri mu..

Wanita yang baik untuk lelaki yang baik..dan sebaliknya..

Sunday, May 8, 2011

Senyum VS Ketawa..

Posted by ismi♪♫diana at 11:18 PM 0 comments
Nabi S.A.W bersabda “Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka.”

Hadis diatas bermaksud mudah dimasukkan ke dalam api neraka. Ini bukan bermaksud kita tidak dibenarkan menunjuk perasaan suka terhadap sesuatu, tetapi haruslah berpada-pada. Sebaik cara bergembira adalah seperti yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Baginda hanya tersenyum tanpa bersuara. Hal ini kerana ketawa yang terbahak-bahak akan melalaikan hati manusia. Sedangkan hati kita sepatutnya sering mengingati Allah. Dalam keadaan suka yang keterlaluan, manusia akan alpa dan lupa dengan keadaan akhirat yang bakal ditempuhi kelak. Sedangkan keadaan kita kelak tidak dapat dinukilkan. Nabi Muhammad S.A.W melarang umat baginda daripada gelak ketawa yang melampaui batas. Hal ini kerana ketawa tergelak-gelak akan menutup satu pintu daripada pintu ilmu. Barangsiapa banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu.

Saturday, April 30, 2011

Damba Kasih..

Posted by ismi♪♫diana at 12:53 PM 0 comments
Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

*lagu yg sngt mnyentuh hati

La Tahzan..

Posted by ismi♪♫diana at 11:28 AM 0 comments
Jgn hadirkan sedih dlm hatimu..
Jgn hadirkn duka dlm prasaanmu..
Jgn hadirkan benci dlm ujianmu..
ingatlh..
bukan kau saja yg sering dduga..
Para rasul mulia lebih terseksa..
mereka bahagia dlm derita..
mereka kaya dlm papa..
mereka merasai ramai..
walaupun kseorangan..
memadai dgn hnya ALLAH pneman hati..
itulah kbahagiaan yg sbenar..

"Boleh jadi kamu mmbenci sesuatu,pdahal ia amat baik bagi kamu.
Dan boleh jadi kamu mncintai sesuatu,pdahal ia amat buruk bagi
kamu. ALLAH Maha mngetahui sedangkan kamu tidak
mngetahui"..(al-Baqarah:216)

Thursday, April 14, 2011

6 Jenis Wanita..

Posted by ismi♪♫diana at 1:25 PM 0 comments
“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

  • Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

  • Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

  • Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

  • Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

  • Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

  • Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazali

Wednesday, April 13, 2011

Wanita...

Posted by ismi♪♫diana at 6:00 PM 2 comments
Allah S.W.T berfirman : “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak, dan sawah ladang.Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik.”(QS. Ali Imran : 14)

Wanita adalah fitnah terbesar bagi lelaki..
Rasulullah S.A.W memberikan peringatan sebagaimana yang diriwayatkan dalam Shahih Muslim dari shahabat Abu Said Al Khudri, beliau bersabda : “Hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita kerana sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa Bani Israil adalah wanita.”

Rasulullah S.A.W bersabda:Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka adalah wanita yang memperkenalkan dirinya kepada orang lain.Yang dimaksudkan disini adalah perempuan yang mendedahkan auratnya atau berhias untuk ditunjukan kepada lelaki yang bukan muhrimnya.Hukumnya adalah haram.Sesungguhnya sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki.

Wanita adalah penghuni terbesar..
Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir), dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.
(HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan ‘Imran serta selain keduanya).

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya.(QS. An-Nuur: 31)

Dalam pergaulan harian, wanita hendaklah bercakap ringkas dan tegas kepada lelaki bukan muhrim. Percakapan yang lemah-lembut dan pandangan mata yang mengasyikkan boleh membangkit perasaan istimewa kepada orang lelaki. Memang benar suara yang lunak itu menyebabkan hati lelaki menjadi cair. Oleh itu, berhati-hati ketika bertutur.

Wanita berakhlak serta bertaqwa selalunya tampil menawan. Ini kerana keikhlasan yang lahir dari hatinya terpancar di wajahnya. Segala yang dilakukan oleh dirinya hanyalah disandarkan kepada Allah SWT. Dengan keyakinan terhadap Allah adalah segala-galanya, Insyallah, hidupnya akan menjadi lebih mudah.

Wanita yang solehah adalah wanita yang taat kepada Allah SWT. Ketaatan itu adalah mahkota bagi orang Islam. Dengan ketaatan yang jujur dan ikhlas kepada-Nya, ia dapat mendorong manusia berjalan di jalan yang benar tanpa mudah dihasut oleh syaitan.

Tuesday, April 12, 2011

Kafein oh coffee..

Posted by ismi♪♫diana at 11:32 PM 2 comments

Kafein adlah sjenis bhan kimia prangsang. Ia adlah zat kimia yg trgolong dlm jenis alkaloid ( zat organik yg mngandungi nitrogen). Kafein brasal dr tnaman yg dapat menstimulasi otak dan saraf. Rsanya agk pahit. Ia trdapat dlm air kopi dan nescafe.

In brief..
  • Kafein memberikan tenaga
  • Dapat mmecahkan lemak dlm bdan
  • Dapat mmbaiki kulit yg rosak akibat sinaran UV matahari
In contrast..
  • Punca utama sakit kpala
  • Mningkatkn produksi urine
  • Mngstresskn
  • Mngnervouskn
  • Insomnia
  • Risau
  • Resah
  • Gelisah
  • Kadang2 keriangan..kikiki
So, pntaulah pngambilan kafein untuk mengelakkan komplikasi yg tidak baik..

Wednesday, March 30, 2011

Penilaian ALLAH adalah yang terbaik..

Posted by ismi♪♫diana at 7:58 PM 1 comments
Kta xdpat nk puaskn hati smua org..ap yg org ska n kta ska xsma kn..jadi, mmang impossible dpt memenuhi ap yg org nk n ska..Pringatan buat sy n smua..Pnilaian mnusia nih pelbagai..TETAPI msti ingt..Pnilaian ALLAH adlah yg trbaik..ckuplh dgn mngingati Allah..hati akn tnteram..
Ingin sy kongsikn crita Luqman al-Hakim dan anaknya =>

Pada suatu hari, Luqman al-Hakim dan anaknya pergi ke pasar di mana Luqman ingin memperlihatkan kepada puteranya perbandingan antara pandangan manusia dan pandangan Tuhan. Luqman dan anaknya membawa seekor keldai. Luqman naik ke atas keldai memandunya, sedangkan puteranya berjalan kaki mengiringi keldai tersebut. Waktu manusia melihat keadaan tersebut, maka mereka berkata,

"Inilah orang tua yang tidak kasihan kepada anaknya. Dia bersenangan di atas keldai, sedangkan anaknya berjalan kaki."

Maka Luqman menaikkan anaknya duduk di atas keldai bersama-sama dengannya. Luqman di depan anaknya di belakang. Tidak lama kemudian dilihat oleh manusia yang lain, mereka berkata,

"Wah! Dua orang di atas keldai. Kenapa tidak dinaiki tiga orang sekaligus? (Supaya keldai cepat mati)."

Luqman pun turun dari keldai dan anaknya sajalah yang berada di atas keldai itu. Tidak lama kemudian manusia yang lain berkata pula,

"Wah! Orang tua berjalan kaki dan puteranya memandu keldai."

Mendengar itu anaknya turun dari keldai berjalan kaki beserta orang tuanya. Dilihat lagi oleh manusia, mereka yang melihatnya berkata,

"Keldainya kosong tidak dikenderai, dan aneh! Kedua orang ini hanya berjalan kaki saja mengiringi keldai!"

Dari kejadian ini Luqman secara langsung mengajar anaknya dengan kejadian yang terjadi sebagai pengalaman, bahawa demikianlah apabila kita memandang terhadap makhluk dan terpengaruh kerana makhluk. Hal yang demikian tak ada hasilnya dan tak ada faedahnya. Maksudnya, Luqman mengajarkan kepada anaknya bahawa hubungan yang menenteramkan jiwa dan menyenangkan hati ialah hubungan kita dengan Tuhan. Hanya semata-mata pandangan Allah dan bukan pandangan manusia. Meskipun lahiriah kita sendirian, tetapi pada hakikatnya kita berserta Tuhan.
 
Wednesday, March 16, 2011

berdiam lebih baik..

Posted by ismi♪♫diana at 2:52 AM 2 comments
“Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya,dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”.
(Riwayat Abu Naim)

DIAM AKU..
bukan kerana tidak mesra..
bukan kerana tidak mahu bersaudara..
tetapi kerana tidak mahu menyakiti hati orang lain..
kadang-kadang aku diam kerana memikirkan dosa yang lalu..
memikirkan apa yang boleh dilakukan untuk menggembirakan engkau..
kerana setiap yang aku lakukan bukan semuanya dapat diterima oleh orang lain..
walaupun orang boleh saja buat kepada aku..
tapi bagi aku manusia macam-macam ragam..
aku maafkan engkau..
walaupun aku juga penah terluka..
tetapi seingat aku tidak pernah aku pamerkan..
kerana aku sedar akan engkau sebagai kawan aku..
tidak mahu aku lukakan engkau jika aku pamerkan..
kata orang tua-tua jangan disimpan nanti bernanah..
bagi aku it's ok..
walaupun bernanah..
hanya aku yang rasa..
jangan engkau yang rasa..
kerana banyak kebaikan yang engkau berikan kepada aku..
hanya kerana hal sekecil kuman tidak akan aku simpan didalam hati..
walaupun hati ini memang sangat terasa..
tetapi hanya seketika..
aku cuba untuk berubat..
alhamdulillah..
sudah sembuh..
tetapi masih ada kesan..
kerana bukan sekali luka ini berdarah..

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik,
karana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.

Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. (Riwayat Bukhari & Muslim)
“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”. (Riwayat At-Tarmizi)

Menasihati orang yang bersalah , tidak salah.
Yang salah memikirkan kesalahan orang.

**PERINGATAN UNTUK AKU

Tuesday, February 22, 2011

Reda kn Marah itu..

Posted by ismi♪♫diana at 11:47 AM 1 comments
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insya Allah kemarahan akan mulai reda..

S.E.M.A.N.G.A.T

Posted by ismi♪♫diana at 11:01 AM 0 comments

Tuesday, February 1, 2011

Al-Quran..

Posted by ismi♪♫diana at 10:25 PM 0 comments
The Qur’an was repeatedly revealed from Allah to Muhammad verbally through the angel Jibrīl (Gabriel) over a period of approximately twenty-three years, beginning in 610, when he was forty, and concluding in 632, the year of his death. He received his first revelation in the Cave of Hira.Since most sahaba were unable to read or write, they were ordered to learn from the prisoners-of-war the simple writing of the time. Thus a group of sahaba gradually became literate. As it was initially spoken, the Qur’an was recorded on tablets, bones and the wide, flat ends of date palm fronds. However, the Qur’an did not exist in book form at the time of Muhammad's death in 632.The Qur’an was memorized, recited and written down by Muhammad's companions after every revelation dictated by Muhammad. Most of Muhammad's tens of thousands of companions, called Sahabas, learned the Qur’an by heart, repeatedly recited in front of Muhammad for his approval or the approval of other Sahabas. Although the Qur’an was authentically memorized completely by tens of thousands verbally, the Qur’an was still established textually into a single book form shortly after Muhammad's death by order of the first Caliph Abu Bakr suggested by his future successor Umar. According to Shias, Sufis and scarce Sunni scholars, Ali compiled a complete version of the Qur’an mus'haf  immediately after Muhammad's death. The order of this mus'haf differed from that gathered later during Uthman's era. Despite this, Ali made no objection or resistance against standardized mus'haf, but kept his own book. After seventy reciters were killed in the Battle of Yamama, the caliph Abu Bakr decided to collect the different chapters and verses into one volume. Thus, a group of reciters, including Zayd ibn Thabit, collected the chapters and verses and produced several hand-written copies of the complete book.

Saturday, January 29, 2011

contact lens VS glasses

Posted by ismi♪♫diana at 1:20 PM 2 comments
klau pkai contact lens akn mmberi kesan -ve kah??..the truth about them..kbaikan nya skit jaaa..just utk kcntikan n kselesaan saja kn..am i right??..it gives more harm than good..antara kburukannya adalah..iritasi..iritasi adalah kgatalan yg disebabkan oleh jangkitan mata dan boleh membawa kpd kbutaan..huhhh..bhaya nih..seterusnya..pmakaian kanta lekap sewaktu tidur akn mngurangkn oksigen pada mata..ini akn mnyebabkn lapisan permukaan mata mudah bengkak..kanta lekap juga boleh mnyebabkn mata kemerahan..Pemakai kanta lekap dsaran mnanggalkan kanta apabila mata nampak merah. Jika tidak dtanggalkan, mata brpotensi djangkiti kuman. Jika kuman kbetulan dari jenis yg sngt brjangkit, prmukaan selaput mata boleh brtukar putih dlm masa 24 jam..say NO to contact lens..ok..^^

Saturday, January 1, 2011

wanita..

Posted by ismi♪♫diana at 3:46 PM 0 comments
woman was made by the rib of man
she was not created from his head to top him
nor form his feet to be stepped upon
she was made from his side to be close to him
from beneath his arm to be protected by him
near his heart to loved by him..

tercipta engkau dari rusuk lelaki
bukan dari kaki untuk dialasi
bukan dari kepala untuk dijunjung
tapi dekat dibahu untuk dilindungi
dekat jua dihati untuk dikasihi..

wanita solehan hiasan tercantik dunia!!

jOm refresh blik idiom BA..

Posted by ismi♪♫diana at 12:47 AM 0 comments